Trip to Hutan Lipur Jerangkang 17-19 July 2009  

Akhirnya...... Akhirnya................

Akhirnya berjaya juga pergi ke Hutan Lipur Jerangkang walaupun PENIN dengan pelbagai liku-liku dan pancaroba... dari 14 orang tinggal 7 orang.. dari 7 laki 7 gurl, tinggal 7 anak teruna jerk... takper la.. yang penting sudah pergi dan sampai dengan selamat... AMIN!!! akhirnya 7 anak teruna yg terdiri daripada aku, joe, adib, dayat, eijam, fuad dan yazza telah berentap pada 17hb July 2009 ke Jerangkang. Ni merupakan trip kali kedua buat aku joe n eijam... tapi ni 1st trip bukan ngan bebudak UniKL..

SEPATUTnya, ktorg naik 4WD dari base ke site camp Jerangkang yang sejauh 16km... TETAPI bak kata bebudak ni ktorg teramat bertuah sbb ktorg dpt menunggang autobots.....
yeah.. autobots jerangkang yg terbaik....

tapi hakikatnya... mmg terkejut pun tetiba jerk naik lori.. patut laa masa kol brother tu, dia gtau leh jerk naik 10 orang sekaligus... masa mula² sampai ada laa ternampak satu hilux yg bergemelapan.... budjet menuggang hilux arr.. tapi lori yg jadi sasaran.. huhu~

sesampai disana.. aku tak mampu ungkap dengan perkataan.. layanz jerk gambar²..










































Read More...

Kerispatih - Demi Cinta  

Kerispatih - Demi Cinta



Maaf.. ku telah menyakitimu
Ku telah kecewakanmu
Bahkan ku sia-siakan hidupku,
dan kubawa kau s'perti diriku
Walau hati ini t'rus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi ku lakukan semua demi cinta
Akhirnya juga harus ku relakan kehilangan cinta sejatiku
Segalanya t'lah ku berikan
Juga semua kekuranganku
Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan ku t'rima semua demi cinta

Reff :
Jujur, aku tak kuasa, saat terakhir ku genggam tanganmu
Namun yang pasti terjadi, kita mungkin tak bersama lagi
Bila nanti esok hari
Ku temukan dirimu bahagia
Ijinkan aku titipkan kisah cinta kita selamanya

Direct Download: Kerispatih - Demi Cinta

Read More...

Paintball @ KSSU - MIMET '09  

selama ni aku dok tengok jerk bebudak main paintball.... tapi akhirnya aku berjaya bermain paintball hanya dengan RM15 utk 50 pallet.... aduhai.. sedap bangat seh main natang ni wlupun penat dan sakit.... huhu.. kat KL rasanya takkan main kot sbb mahal.. apa² pun PAINTBALL mmg dak kali la... haha..



















p/s: salah satu hasil daripada extreme game yg best bangat ni...

Read More...

Ungu - Ku Ingin Selamanya  

Track ke-3 album baru Ungu - Penguasa Hati

Ungu - Ku Ingin Selamanya (argh!! layan gila!)

Cinta adalah misteri dalam hidupku
Yang tak pernah ku tahu akhirnya
Namun tak seperti cintaku pada dirimu
Yang harus tergenapi dalam kisah hidupku

Reff:
Ku ingin slamanya mencintai dirimu
Sampai saat ku akan menutup mata dan hidupku
Ku ingin slamanya ada di sampingmu
Menyayangi dirimu sampai waktu kan memanggilku

Ku berharap abadi dalam hidupku
Mencintamu bahagia untukku
Karena kasihku hanya untuk dirimu
Selamanya kan tetap milikmu

Back to Reff

Di relung sukmaku
Ku labuhkan s’luruh cintaku
Di hembus nafasku
Ku abadikan s’luruh kasih dan sayangku

Back to Reff

p/s: vclip tak kuar g... mesti layan vc dia....
Direct Download: Ungu - Ku Ingin Selamanya

Read More...

Short Story: Jubah Untuk Ibu  

Jubah Buat Ibu

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?", marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. "Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?", leter ibu lagi.

Suaranya kali ini sedikit sebak be
rcampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. "Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!" Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. " Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!" Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.

"Sakit bu...sakit.. ..maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi....Bu, jangan pukul bu...sakit bu..." Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. "Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?" Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. "Bu...ampunkan Along bu...bukan Along yang mulakan...bukan Along....bu, sakit bu..!!", rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.

Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.

Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..

" Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?" Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. "Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?" " Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!", si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. 'anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..' bisik hati kecil Along. "Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?", soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. "Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?". Along terkejut mendengar soalan Atih Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. "Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!", terang si ibu. "Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..", soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. "Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas." , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.

Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. 'Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni....' Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. "La...kau ke, apa kau buat kat sini?", tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. "Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?", soalnya pula. "Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!", jelas Along jujur. "waa...bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?" Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. "Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!", Along meminta kepastian. "Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!", balas Fariz meyakinkannya. "Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni." Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. "Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. " Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. "Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?", soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. "Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!", pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. "Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?", soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. "Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!", leter ibu lagi. Along hanya diam. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. "Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu." Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. "Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya.

Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain.

Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. "Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!", soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. "Macam serius jer bunyinya Abang Joe?" Along kehairanan. "Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?" Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. "Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?" Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. "Azam, kau ada cita-cita tak...ataupun impian ker...?" Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. " Ada " jawab Along pendek "Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku....atau. ..." Along menggeleng-gelengka n kepala. "semua tak...Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya." Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. " Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya.. ..saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan...saya.. ..saya nak jadi anak yang soleh!". Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.

Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. "Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni", ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak "Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe." Kata Along lagi "Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?", soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. "Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju." Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.

Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. " Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?", soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh menampakkan giginya. "Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?" "Tak pe lah, perkara dah berlalu....lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. "Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. "Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah." "Zam..kau ni....." "Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu." Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. "Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!", pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. "No problem...tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?" , soal Fariz ingin tahu. "Aku kerja kat bengkel Abang Joe.. Jadi pembantu dia", terang Along. "Abang Joe mana ni?" "Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!", jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . "Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?" "Hari ni la..." balas Along. "Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?" "Bukan, minggu depan..." "Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?", soal Fariz lagi. "Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi." Jawabnya sambil mengukir senyum.

Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang-orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. "Ha..hadiah. . ..untuk.. ...ibu... ......" ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya.

Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. 'Buat ibu yang sangat dikasihi, ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu..Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu... dan terimalah hadiah ini.....UNTUKMU IBU!' Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. "Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan .. dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila.." cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. "Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?" Soalnya dengan sedu sedan. "Sebab.....dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang...walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula...." Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu.

Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

p/s : sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada...

hehe.. ada mamat mana ntah forward cita ni kat email aku... layan ar.. jadi pedoman hidup... ahakxZ!

Read More...

Chilling Waterfall  

memandangkan bebudak Whitesignature bersemangat waja nak pergi bercuti masa cuti sem ni.. dan kebarangkalian nak pergi bandung agak tipis.. so, chilling jerk antara tempat yg best utk dituju.. hehe... lgpun Chilling dekat jerk.. area Kuala Kubu Baru.. lebey kurang 1jam lebih dari KL... tempat camping pun ada disediakan.. tapi better booking dulu sblm pegi.. sbb ramai VIP yg suka pegi camping kat sini.. taulaa kan klu VIP g camping, kesulurhan camp site dorg ambik... so, better booking dulu.. toilet bersertakan pili air pun disediakan.. dekat jerk ngan camp site.. so, utk gadis² tak perlu risau.. Chilling antara waterfall yg terbest yg pernah aku pergi ar.. kenapa best ? bnyk aspek sbbnya kenapa aku rasa best.. haha.. antaranya:

1. Tiruk


2. Terjunan Bermacam² aksi


3. Tiruk


4. Terjunan GangBang


5. Hadiah Dari Nature


ni antara shot yg ada time aku g ngan bebudak rumah + 3 little musketeers.

Read More...

welcome to my new gurl....  


akhirnya.... aku berjaya memiliki Canon EOS 40D sendiri dengan bantuan mak ayah tercinta... :D tenkiu very much mak ayah... tanpa dikau siapalah aku~ akan ku usahakan utk bayar balik wlupun tak tau bila bleh settle.. haha.. muahxX!

Read More...

48 days of Alya Adriana  



48 days of Alya Adryana... hehe..
alya adryana adalah subjek pertama aku shoot tuk DSLR baru aku.. hehe..
baru 48 hari jerk.. so, dia tahu susu, tido smbl snym dan nganis.. tu jerk..
bdway, alia adryana adalah anak buah sulung aku.. :D

Read More...

Finally Ipod Touch JailBreak 2G released......  


yosh!! setelah sekian lama Dev-Team bertungkus lumus mencari ilham tuk JBreak Ipod Touch 2G.. akhirnya released gak... tapi.... sblm aku smbg "tapi" tu, aku cerita skit lebih lanjut ar... btw, aku tak tau bila released sbb aku baru terbaca tadi... maklum laa ipod touch sendiri hantar warranty... ahakxZ~

1. Alamak.. JailBreak tu apa erk?
- Sapa yg ada dan pernah pakai barangan ipod, for sure tahu yg tak semua games, apps etc for free... so, JBreak laa solutions dia.. bleh install thousand of games, apps from appstore for FREE.. huahuahua~

2. Risiko for JBreak
- Erk.. ada risiko ker ? 4sure x da... cos JBreak bukan unlocking, tapi sekadar tambahkan addons jerk.. warranty pun tak avoid.. so, no hal lah.. try and error..

3. Macam mana erk ?
- aduhai.. sumpah aku malas nak taip steps² dia.. ahakzx! aku just bagi link ar.. rerajin arr study... nnt leh kongsi skali... :D pepahal, post jerk comment KAT SINI.. :D

References:
1. http://www.youtube.com/watch?v=dg5FOYgs8Kk]
2. http://www.quickpwn.com/2009/03/you-can-now-fully-jailbreak-ipod-touch-2g.html
3. http://blog.iphone-dev.org/post/85449850/ipod-touch-2g-hi-welcome-to-the-jailbreak-family
4. http://forum.lowyat.net/topic/923521

p/s: bila ipod touch aku nak siap!!! hwaaa~

Read More...

welcome to the new world of whitesignature....  

Whitesignature Hompage: http://www.whitesignature.net
Whitesignature Gallery Hompage: http://gallery.whitesignature.net

site² ni bakal menjadi official site tuk Whitesignature... dah hampir sebulan dpt domain, tapi baru 20% in progress.. haha.. malas gila organ² badan aku nak bergerak..... lgpun bnyk gila keja/assignment kena settlekan.. sorry bos.. i try finished it ASAFP!!! :P

bdway, http://gallery.whitesignature.net aku dah upkan sebagai tester aka BETA release aka aku cincai² jerk upload gambar etc....
saper yg rajin, sila laa... drop comment sebanyak mungkin.. nak tengok setakat mana kemampuan domain, bugs etc... tuk main site, aku tak sentuh apa² lg..

main site, aku pakai 100% wordpress then utk gallery whitesignature 100% aku pakai pixelpost

segala pendapat, comments apa² pun la... silaa laa drop comments KAT SINI... :P

Read More...

hari yang meletihkan dan diakhiri dengan...............  





huh!! hanya mampu m'upload gambar.. tak mampu menaip.. letih bangat... Ekin!! Mawi!!!

::31 March 2009::
aku smbg balik kisah di atas.. haha.. nak diikutkan, Whitesignature(allod) dpt sub jadi photographer tuk pasangan ni.. antara couple paling menarik arr aku rasa.... Indian and Japanese.. Rajesh and Mami Ishii.. nice arr pasangan ni... dan wedding ni merupakan antara wedding paling penat arr.... sukar digambarkan dengan perkataan... event start kul 7-11... tapi aku ngan wiwit kena cover makeup pengantin gurl dari kul 4 ptg... dipendekkan crita, dlm kepenatan tak terkata... TUP!! muncul seorang jejaka botak yg aku rasa aku rasa kenal..... lebih kurang beberapa saat gak laa aku blank.. haha.. rupa²nya mawi world.... haha....

dalam kepenatan yg tak terkata, ada gak laa s'thing yg dpt menceriakan.. hehe.... mula² agak goyah arr nak ajak bergambar sbb aku dah pernah jumpa mawi 2 kali... dan aku rasa dia kerek nak mampus... bongkak.... tapi semalam dia dah ubah tanggapan aku terhadap dia.. haha... sporting gak mamat ni.... so, dpt laa snap berbelas² gambar ngan mawi.. haha.. smart²!!! bdway, ekin comel bila tempek light makeup jerk.. ahaKz!!! MAWI WORLD!!!!!!!!!!!!!!!

Read More...

The Longest LAN Party@MALAYSIA!!!  


minat main game? gila main DOTA sampai ponteng klas ? hidup tak bermakna klu tak main DOTA sehari? haha... aku nak kongsi skit pasal events drpd Cyberview. Cyberview bersama angkatan² tentera dia dengan sohornya akan mengadakan LAN Party yang bakal memecahkan REKOD DUNIA... "THE LONGEST LAN PARTY".. Events ni dari 12-14hb Apr 2009...

Ni utk sesaper yg tak tau apa tu "LAN PARTY"... aku cita skit²...
LAN Party = Rangkaian seberapa banyak komputer pada satu tempat dalam satu tempoh... slalunya LAN Party more in gaming ar... berdasarkan guinness world record 2009, LAN Party yang paling lama adalah 36 jam... dekat san soje, california, USA..wow!! main game 36jam tanpa henti tuu.. huhu.. muntah² laa main game... TAPI, Cyberview bakal memecahkan rekod 36 jam tu yang bakal bertempat di MMU, Cyberjaya dan org² MALAYSIA sendiri yg bakal memecahkan rekod tu.. huhu.. MALAYSIA tu!!!

apa lagi.. jom laa ramai² memeriahkan majlis yg agak gila tapi best ar... pecahkan rekod main game tanpa henti melebihi 36 jam.. huhu.. bukan slalu bleh buat...

semua info, borang, rules etc: http://www.cyberview.com.my/

Read More...

Me, Myself and atinko..  







photographer: \\'hitesignatureCrewZ
*credit to mikemurano...

Read More...

pre-weddding: [zura & wan]  





bnyk keja minggu ni... x sempat nak godek².. upload dlu 2...

photographer: \\'hitesignature CrewZ

Read More...

sennheiser HD 212 Pro  


audio addicted? minat bòóm² bòóm²?!!! bass? taraaa....ini dia mid-range headphone solution.. Sennheiser HD212 Pro.... headphone ni nmpk cikai jerk.. mcm headphone china.. tapi tu dari mata kasar jerk... tapi alkisahnya, superb... antara mid-range headphone terbaik... more in bass!! hiphop, r&b mmg best! movie HD quality superb!! HD212 Pro ni jenis yg duduk dekat telinga, bukan mengelilingi telinga.. berat lebey kurang 130grams tanpa wayar.. ringan jerk.. tak berpeluh telinga klu pakai lama²... yg bestnya, cable 3m... wow!! huhu~ klu nak try HD212 Pro ni leh g switch.. slalu display ipod pakai headphone sennheiser.. try ur luck la... hehe~

technical specs:
Jack plug 3,5/6,3 mm stereo
Nominal impedance 32 Ohm
Weight w/o cable ca. 130 g
Transducer principle dynamic, closed
Ear coupling supraaural
Cable length 3 m
Frequency response (headphones) 12.....19000 Hz
THD, total harmonic distortion <0,2 %
Sound pressure level (SPL) 112 dB(SPL)


yg tak bestnya, headphone ni tak sesuai tuk bdk² yg 24jam melekat ngan headphone.. cukup time, rosak telinga.. hehe... ni serious!! bukan main²!! ahakz!! info: sennheiser mungkin tak berapa terkenal kat malaysia... sbb org malaysia lebih expose dengan creative, sony etc... tetapi hakikatnya sennheiser adalah salah satu manufacturer headphone terbaik di dunia... setaraf grado, AKG, shure etc... germans rule!!!

kat mana erk nak beli ? lowyat? imbi? mana² kedai komputer?
jwnpnnya.. aku pun tak tau... hahaha~ xder ar... brg sennheiser leh dpt kat lowyat(all it) ada... via forum(forum.lowyat.net, etc)... takpun lelong.com(id davis)...
last year harga dlm :RM270-RM300.. thn 2009 tak tau.. dah x kejar... frust tak leh beli.. haha!! WTF!! :P

2009 aim:
Sennheiser HD201

info:
http://www.sennheiser.co.uk/uk/icm.nsf/root/products_sennheiser_headphones_dj_05180#
http://www.dansdata.com/2senns.htm

Read More...

domain registration completed~  

haha.. 11 March 2009 akhirnya settle gak mslh domain aku.. rupanya² dorg miss check email aku. aku dah bayar, tapi dorg tak prasan.. tak per laa.. small matter.. asalkan dah ada domain sendiri.. huahuahua~ not bad laa utk 1st time register domain.. perasaan teruja, jgn ckp ar.. melampau terlebih.. huhu.. hasilnya, korang leh access blog aku via, http://www.atinko.net
dan email aku telah bertukar ke myself@atinko.net.. ahakz! i'm luvin' it!

Read More...

canon eos 40D vs nikon d90  

buhsan yg tak terkira dengan jari sedang melanda.... lambat betul tunggu champion league 2nd round di antara MUFC vs Inter Milan.. Glory² MAN UNITED.. hehe... hope dpt masuk suku akhir.. 2 kelab EPL lain dah layak.. Liverpool ngan Chelshit... ahakz! jgn marah.... huhu~

ok².. berbalik pada jalan sebenar... aku sbnrnya berhasrat atau lebih tepat lagi teringin nak DSLR sendiri... skrang pnjm adik pnya.. nikon d40x.. dah 1 tahun lebih terikat.. ahakz! tapi nafsu tu membuak² bagaikan vampire menghidu dara manusia utk memiliki DSLR sendiri.. bak kata org lagi puas.. haha~ so, setelah sekian lama, dlm otak aku ni terlintas 2 model jerk... canon eos 40d atau nikon d90.. kemampuan nak membeli mmg laa tak tau bila lagi.. :(( setelah sekian lama berkecimpung membaca review melebihi study course sendiri, akhirnya aku masih x berjaya membuat keputusan... hehe~ kenapa canon 40d ? kenapa nikon d90 ? why ? why 40d but not d90 ? why d90 but not 40d ? huhu~

bnyk perbezaan ni.. hm.. dari mn aku nak start dlu ? hm.. aku start dari specs ja la..

1. 40D: 10MP - D90: 12MP(dx)
2. 40D: 9
a.focus - D90: 11 a.focus (dua² pakai cmos)
3. 40D: ISO 3200 - D90: leh boost sampai 6400 (tapi low light, canon mmg rancak)
4. 40D: 6.5fps - D90:4.5fps

5. 40D: 14 AD - D90:12 AD
6. 40D: 3inch + 230k pixels - D90: 3inch + 920k pixels wow!!

ni basic spec dua² DSLR yg mengancam ni... D90 still dlm kategori entry level, 40D dah dlm categori semi pro... so, jom ar tolong decide... dan yang tak bestnya, body D90 tak mcm D200 keatas.. plastic + alluminium alloy.. sbb tu ringan.... bnyk review yg aku baca tulis D90 better dari 40D dan bnyk review yg aku baca sebaliknya... so, keputusannya aku sendiri yg kena buat.. yg mana suite aku better.. kalo nak ikutkan, aku lebih selesa handling 40D.. pasal color, tone color 40D mmg superb! tapi aku jelous plak tgk striking tone color D90.. haih~ camner tu ? pasal video D90, mmg aku tak pandang lgsg... blum jumpa nafsu ke arah video g...

pasal harga, dua² DSLR lebih kurang sama... dlm 3k tuk body, 3300k tuk kit... so, tak jadi mslh sgt dlm aspek harga.. yg mslhnya aspek features, handling & image quality.. huhu~ peni
ng²..
so far, 60% 40D, 40% D90... tapi bebudak \\'hitesignature semua pakai canon.. hehe.. i
tu yg melebihkan aku kepada 40D... dan aku suka bunyi shutter canon.. comel jerk.. haha.. bunyi shutter nikon hampeh!! ahakz! bleh ker point ni dijadikan tuk memilih ?? dan..... dua² ada live view, sesuai tuk orang tua aku nnt.. mana tau kot² dorg nak sponsor.... huhu~

korang settlekan arr poll sblh kanan screen tu... mana tau kot² bleh influnce akunya decision.. TQ~

aim: Canon EOS 40D Kit/Nikon D90
Battery Grip
50mm f/1.8

info dari:
http://www.dpreview.com/reviews/canoneos40d/
http://www.dpreview.com/reviews/nikond90/
http://www.radiantlite.com/2008/08/nikon-d90-vs-canon-40d.html
http://www.cameralabs.com/reviews/Nikon_D90/verdict.shtml

Read More...